Monday, September 8, 2014

ke mana hala tuju kita ?

belajar belajar belajar .. tiap hari buat benda sama , belajar. and sometimes i wonder, hari hari kita belajar, apa yang kita nak sebenarnya ?

Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda , "belajarlah kamu hingga ke liang lahad, " yep , kita faham tu . belajar sampai hujung nyawa. blajar dari kecik sampai kita besar. dari sekolah rendah sampai universiti , lepastu sambung lagi and lagi and lagi .

kenapa kena belajar ?

بسم الله الرحمان الرحيم ..
sebenarnya topik ni dah lama dah jadi topik harian yang kita selalu dengar. but want to make it clear, aku akan try catatkan apa sebenarnya maksud belajar tu sendiri. bagi aku, ya manusia tak lari dari belajar . hatta sejak kita lahir pun, fitrah manusia sebagai hamba Allah ni akan belajar. kita dijaga by our parent sejak baby, parent kita ajar kita makan. dorang suap kita, ajar kita cara nak kunyah nasi . then kita dah besar sikit, kita mula belajar berjalan, berlari and so on . memang Allah cipta semua ciptaanNya macam tu. semua mengikut apa yang telah Allah rancang .

" Sesungguhnya urusan Allah apabila Dia mengkehendaki sesuatu , Dia hanya berkata , 'Jadilah !' . Maka jadilah sesuatu itu "
                                                 Yaasin , 36:82

back to our topic , kita kat negara ni, kita belajar mengikut sistem . bukan macam dulu, kita pergi negara orang , kita cari tuan guru kita . semua tu perlukan pengorbanan yang besar. tinggal harta, anak bini, negara asal jelajah negara orang lain cari ilmu . zaman sekarang ni kita dah patut syukur sangat dah . duit bagi , tempat tinggal pun ada . tapi still dalam 'alam' kita sendiri .

Imam Syafie , pendokong mazhab Syafie yang kita amalkan sekarang ni masa menuntut ilmu , sanggup hijrah ke negara orang , cari para ulama untuk ilmu . kita ? dah lah lecturer yang masuk kelas . lecturer kata kelas cancel sampai bersorak bagai nak rak . parent hantar kita belajar beb , muhasabah diri sikit .

cari ilmu is not just going to class , isi kedatangan, tadah apa lecturer cakap and balik . banyak lagi yang kita kena faham dengan konsep ilmu ni lagi .

waallahua'lam ..

Wednesday, April 9, 2014

JUBAH LELAKI

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam walaupun sebagai  pemimpin dunia yang suci dan agung, namun Baginda begitu bersederhana dalam cara pemakaian dan kehidupan bagi seorang insan yang bergelar…
.
Pakaian
  • Menyukai warna hijau dan putih.
  • Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin.
  • Pakaian yang paling digemari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘qamis;.
  • Baginda juga menyukai kain ‘Hibarah’ iaitu kain keluaran Yaman yang terbuat dari kapas.
  • Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat.
  • Baginda sering memakai kain sarung, Qithri (selindang) dan penutup badan samada baju kemeja (qamish) atau jubah.
  • Semua pakaian Baginda tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis.
  • Kemeja mengenakan kancing baju.
  • Kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya.
  • Baginda mempunyai kain selimut yang dicelup dengan kumkuma.
  • Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut itu saja.
  • Baginda juga memakai kain bertampal seperti cara pakaian para hamba.
  • Adakalanya memakai kain sehelai/sarung yang tiada kain lain di atasnya.
  • Kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya.
  • Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian.
  • Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk Baginda setiap kali berpindah tempat duduk.
  • Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang.
  • Terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam.
  • Kadangkala mengerjakan solat memakai ‘syamlah’ (kain bulu hitam).
  • Semasa memakai pakaian baginda berdoa:- “Alhamdulillaahilladzii kasaanii maa uwaarii bihi auratii wa atajammalu bihi fin-naas (Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku pakaian yang dengan pakaian itu aku menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia)”. 
  • Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya.
  • Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda – diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.
  • Oleh yang demikian, kedai kami menyahut cabaran untuk membuat JUALAN JUBAH dengan kadar RM89.90 sahaja termasuk belanja pos (penghantaran).
  • Antara ciri-ciri Jubah kami:
1. terdapat 4 warna iaitu putih, hitam, coklat air dan kelabu.
2. didatangkan dengan saiz M, L dan XL
3. setiap jubah ada seluar khas yang sama warna.
4. harga termurah di pasaran (harga biasa RM130-RM150)

Hubungi saya sega atau pm di : 0145417278 (Adam) atau 0166847979 (Man)